YAZID

YAZID

Isnin, 3 November 2014

Elakkan ASB,..... mengapa......


Pelaburan ASB Langkah Bodoh Kerana Harta Dibekukan Selepas Mati | Masih ramai pelabur ASB yang tak tahu perkara yang saya tulis di bawah. Jadi saya berpendapat elok jika dapat saya kongsikan bersama masyarakat bumiputera kita.Ok, ramai di antara kita mempunyai pelaburan saham ASB, tak kiralah sama ada secara pelaburan terus mahupun secara pinjaman atau lebih popular ASB Loan. Walau macam mana sekalipun method pelaburan ASB yang anda lakukan, ada satu perkara yang anda perlu ketahui iaitu...

PENAMAAN WARIS ASBKita duk sibuk melabur setiap bulan masuk duit dalam ASB. Tapi sedarkah kita tentang realiti kehidupannya bahawa kita bukanlah hidup untuk selamanya-lamanya.
Jika anda berasa anda masih muda dan lambat lagi untuk mati, anda sebenarnya silap. Kerana mati itu pasti dan mati itu tiada rukun dan syarat.Oleh itu, kita perlu fikirkan apa akan jadi pada harta-harta pelaburan kita selepas meninggal dunia.
Mati tidak disyaratkan tuaMati tidak disyarakatkan sakitPersoalan utama saya di sini untuk anda yang melabur ASB, adakah wang simpanan dan pelaburan ASB sampai kepada waris kita terutama keluarga terdekat kita seperti pasangan, anak-anak dan ibu bapa kita selepas kita meninggal dunia ? Keluarga kita yang masih hidup masih memerlukan sumber kewangan untuk meneruskan hidup mereka.
Saudara dan saudari sekalian,
Jangan terkejut kalau saya katakan bahawa simpanan dan pelaburan anda di ASB akan dibekukan selepas kematian anda. Ya ! Segala simpanan dan pelaburan anda di ASB dibekukan sejurus anda meninggal dunia (Akta Probate 1959).
Untuk makluman anda juga, tiada penamaan pada simpanan dan pelaburan anda di ASB kecuali jika anda telah melaksanakan pengisytiharan amanah (produk baru ASB). Dan saya percaya rata-rata pelabur ASB tidak membuat pengisytiharan amanah kerana sebab berikut:
1) Caj pengurusan yang dikenakan ASNB untuk pengisytiharan amanah
2) Pelabur sendiri tak pernah tahu & tak mahu ambil tahu hal ini
3) Pelabur rasa belum nak mati lagi untuk penamaan & tak pernah rancang masa akan datang
Lihat screenshot laman web ASB atau klik [SINI] kalau masih tak percaya selagi tak baca. Saya petik ambil part yang penting sahaja, nak penuh boleh teruskan di laman ASB.

Bagi saya, tiada guna kalau ketika hidup kita bersusah payah, ikat perut untuk menyimpan duit kalau akhirnya lepas meninggal kesemua duit tersebut DIBEKUKAN macam tu aja. Nak jadi pelabur, jadilah pelabur yang cerdik. Untuk apa anda sumbangkan simpanan anda ke dalam kumpulan wang tak dituntut ? Sedangkan ahli keluarga yang masih hidup terpaksa catu makan minum selepas anda meninggal dunia kerana kedaifan anda mengurus simpanan dan pelaburan anda ketika hidup. Nak letak penama pun berkira-kiranya, akhirnya duit tu tak kemana.

Bila saja berlaku kematian pada pemilik akaun ASB, dengan serta merta pelaburan ASB akan dibekukan, duit dalam ASB bukan terus dapat pada anak, pada pasangan mahupun ibu bapa yang masih hidup.
Tak kira la dalam ASB tu ada RM 100,000 mahupun RM 10 sekali pun.
Beku tetap beku. That's the rule.
Bila duit dah beku, keluarga atau waris yang menuntut perlu dapatkan Surat Tadbir Pusaka bagi membolehkan pengeluaran duit ASB si mati dilakukan. Jika selama ini berpendapat bahawa keluarga anda terima semua simpanan anda setelah anda dapat title 'arwah', anda SILAP BESAR.
Sebaliknya keluarga anda menderita. Kenapa ? Duit anda dah dibekukan satu perkara. Bagi yang buat pelaburan secara ASB loan lagi la naye. Mana tak nayenya, anda ingat bank hapuskan hutang loan ASB macam tu aje ke kalau meninggal dunia ? Siapa nak tanggung hutang tu ? Siapa lagi kalau bukan waris anda. Sebab tu ada bank yang bijak, dia kenakan caj insurans secara monthly basis ke dalam pembiayaan ASB loan anda supaya bila anda meninggal dunia, hutang tu dapat ditebus melalui insurans. Bank adalah organisasi yang tak akan buat bisnes yang tak memberi keuntungan pada mereka, ingat tu !
Apabila harta simpanan dah dibekukan, waris anda perlu dapatkan Surat Tadbir Pusaka, kena kumpul waris-waris yang masih hidup yang lain untuk pengagihan baki pelaburan. Kebiasaannya proses ini memakan masa berbulan lamanya, malah ada yang makan masa bertahun-tahun masih tak selesai tuntutan harta si mati bergantung kepada kes. Dan kat sini, pengurus surat tadbir pusaka akan caj % untuk uruskan harta yang nak diagihkan. Kan da rugi kat sini, kalau 4% daripada RM 100,000 dah berjumlah RM 4,000 (boleh buat upah haji 2x).
Andai kata ada pertelingkahan dalam urusan agihan, maka makin panjang masa akan diambil untuk duit pelaburan yang telah dibekukan sampai kepada keluarga kita terutama sekali anak, pasangan dan ibu bapa. Maka tak hairan la kenapa sehingga kini masih terdapat RM 40 bilion harta umat Islam yang telah meninggal dunia dibekukan.

Kenapa boleh timbul pertelingkahan ?
Kerana pembahagian adalah berdasarkan faraid. Termasuk pelaburan ASB si mati.
Jika anda sebagai isteri yang baru kematian suami, dengan andaian jumlah pelaburan arwah suami RM 100,000, anda hanya layak terima 1 bahagian sahaja (rujuk kalkulator faraid & tertakluk kepada bilangan ahli keluarga waris yang masih hidup yang layak menerima harta faraid).

Setelah ditolak agihan mengikut faraid, si balu mungkin menerima beberapa ribu ringgit dari jumlah RM 100,000. Jadi jika ada menyimpan dengan jumlah besar dalam ASB, tercapaikah hasrat anda untuk anda agihkan duit tersebut terus ke anak, pasangan atau ibu bapa anda dengan jumlah yang anda sendiri tentukan untuk mereka ?
Saya tidak mempertikaikan pembahagian harta secara faraid, jauh sekali untuk menolak hukum faraid. Tetapi di sini saya ingin memberi tahu kepada semua pelabur ASB bahawa terdapat alternatif agihan simpanan ASB selepas meninggal dunia iaitu melalui perisytiharan amanah dan konsep hibah (hadiah).

Jadi, anda sebagai pelabur ASB boleh terus menamakan keluarga anda untuk menerima jumlah hibah jika anda meninggal dunia nanti tanpa perlu agihan faraid. Cara ini lebih baik untuk anda pastikan waris anda yang mana perlu menerima duit yang telah anda laburkan dan mengelakkan berlakunya perselisihan keluarga setelah anda meninggal dunia nanti. Maklumat lanjut kunjungi mana-mana cawangan ASB terdekat anda untuk maklumat lanjut.
Walau bagaimanapun, pendapat saya sebagai seorang konsultan takaful, pelaburan ASB bukanlah satu pelaburan yang sempurna kerana masih terdapat kekurangan sehingga menimbulkan rasa was-was di kalangan pelabur yang mementingkan halal haramnya sesuatu pelaburan. Kini ASB baru memperkenalkan konsep HIBAH (satu perkara yang sepatutnya diketahui oleh pelabur ASB).
*Ini adalah pandangan peribadi saya semata-mata dan mungkin bercanggah dengan pendirian anda.
Namun, jika anda ragu-ragu tentang ke mana arah simpanan ASB anda setelah meninggal dunia, sila berhubung terus dengan pejabat ASB dan pilihlah HIBAH amanah untuk kesenangan keluarga anda nanti.
Jangan bekukan harta anda setelah kematian anda nanti Kesian kat anak-anak, pasangan dan ibu bapa.Entri ini hanya untuk menyedarkan anda mengenai pentingnya harga diwasiatkan,


x

Rabu, 15 Oktober 2014

RM4?? APA KITA DAPAT

Salam,
 sekarang ini SIAPA yang tak nak kan orang bagi benda-benda FREE atau PERCUMA...... saya pun suka benda-benda PERCUMA ni...... dengan bayaran serendah RM4 SEHARI, kita dapat macam-macam benda percuma lebih daripada 10 manfaat PERCUMA..... x percaya ke kawan, mai sini saya tunjuk sikit....sikit je ye....hihihihihi

SEPULUH kebaikan yang kami tawarkan kepada anda........ perlindungan sehingga RM2,000,000.
ini baru sikit je manfaat percuma yang kami tawarkan untuk anda, ini bukan bisnes MLM atau SKIM CEPAT KAYA, ini kaedah MENABUNG ORANG BIJAK!!!!!, 
kawan-kawan kalau kita simpan duit di BANK, apa kelebihan yang kita dapat.... katakn kita simpan RM200 sebulan di bank, kita cuma ada RM200 itu sahaja dalam akaun kita,,
TETAPI.....
jika kita mencarum dengan cara MENABUNG ORANG BIJAK ini, kita bukan sekadar ada duit simpanan RM200 yang kekal menjadi DUIT ANDA, kami beri perlindungan dan manfaat yang lain bernilai sehingga RM2,000,000 secara PERCUMA....
penggandaan wang anda sehingga 10000 kali ganda yang pihak bank tidak akan beri kepada anda,....
TUNGGU dulu.... bukan 10 manfaat ini sahaja dan wang TABUNGAN anda yang tidak akan hilang..... 
DUIT ANDA HAK ANDA, DUIT KAMI HAK ANDA!!!

eh nanti dulu....ada lagi.....
ada lagi.....


tengok gambar ini,,,,APA NI??
kami juga tawarkan KHIDMAT TOWING CAR secara PERCUMA kepada semua pelanggan kami....
ya sekali lagi.... PERCUMA...
ini sangat sesua la untuk semua kaum HAWA yang tak tau apa-apa pasal kereta..... servis TOWING PERCUMA....... stuck kat highway ke, tepi jalan ke, just call US,,,,
KAMI DATANG ESCORT anda dengan percuma..
nak tahu lebih lanjut ke....

jangan malu-malu, isi je FORM kat sebelah 2.
kalau x mo isi pun CALL or SMS or WHATSAPP je saya
YAZID
0194191754

HARGA MINYAK NAIK..............SEMUA PUN NAK NAIK KE.........

HARGA MINYAK NAIK!!!
eh silap! HARGA BILIK PRINCECOURT NAIK lagi!!!
Harga minyak naik, harga bilik pon naik..
Kalau ada pelan takaful R & B yg layak RM1000/malam, tak susah hati la kalau bilik naik harga pun. Hanya di Great Eastern Takaful kadar 0 Inflasi.
Selaju mana anda simpan duit di bank selaju tu jugaklah kos medical naik. simpan duit anda di Great Eastern Takaful, kerisauan kos medical tiada lagi.
prince court

Selasa, 7 Oktober 2014

Menyimpan untuk masa depan...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Cuba perhatikan keratan akhbar di bawah...


Kepada ketua keluarga di luar sana, fikir-fikirkan. Apa yg akan ditinggalkan nanti? 

Sekiranya isteri tidak bekerja, dan anak-anak masih kecil, apakah nasib mereka jika terjadi apa-apa kepada pencari nafkah?

Tahukah anda Takaful mempunyai liquidity paling tinggi berbanding bank atau ASB atau KWSP? Apa maknanya? Jika meninggal, duit dalam Takaful tak dibekukan dan tak masuk amanah raya. Tak perlu melalui kerenah birokrasi.

Ada berbillion harta/duit orang Melayu yang tidak dituntut dalam amanah raya kerana prosesnya yang agak sukar dan memakan masa yang lama.

Jadi, mula lah menyimpan dengan Takaful dan namakan waris anda supaya mereka terus mendapat manfaat yang sepatutnya tanpa perlu bersusah-payah menuntut apa yang sememangnya hak mereka.

Sekiranya anda rasa tidak mampu, kami ada pelan serendah RM1 sehari! 
Pasti boleh menyimpan RM1 sehari, betul?

Anda fikir, anda nilai. Bertindak sekarang sebelum terlambat!

Life is Great!

Selasa, 30 September 2014

SUDAH TERHANTUK BARU TERGADAH......

Kenapa Pentingnya Medical Card?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Syukur alhamdulillah. Kita telah pun selamat menunaikan ibadah puasa dan meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan penuh kemeriahan.


Nampaknya semakin ramai yang menghubungi saya melalui blog ini. Terima kasih kepada semua yang menghubungi saya dan yang telah memberi kepercayaan untuk saya menguruskan tabung Takaful anda. InshaAllah, saya akan cuba berikan servis yang terbaik.


Memang bagus bila semakin ramai yang menyedari kepentingan Medical Card ini. Tambahan pula dengan Great Eastern Takaful, anda bakal menikmati banyak faedah. Tahukah anda Medical Card Great Eastern Takaful mempunyai limit tertinggi dan co-takaful terendah di pasaran? Co-takaful 10%, dengan maksimum serendah hanya RM500! Apa maksudnya? Boleh tanya saya :)


Sebenarnya kenapa medical card ni penting? Cuba tengok contoh di bawah. Ini adalah real, bukan rekaan. Jauh di sudut hati, saya simpati dengan orang berkenaan tetapi apa boleh buat?



Jangan tunggu hingga terlambat. Kita takkan tau bila penyakit nak datang, bila kita akan meninggal. Apa perasaaan anda jika duit simpanan yang anda kumpul selama ini hasil dari titik peluh sendiri akhirnya terpaksa digunakan untuk membayar bil hospital? Ke mana pergi rancangan persaraan anda? Rancangan untuk bercuti ke luar negara, atau mungkin duit yang anda kumpul untuk beli rumah pertama?


Sebab itulah Takaful ini ibarat payung buat anda kerana masa depan anda lebih terjamin dengan memiliki Takaful. Anda tak perlu risau mengenai bil rawatan hospital yang mungkin mencecah ribuan ringgit.


Sebagai financial planner Great Eastern Takaful, saya telah banyak melihat kes di mana ada yang terpaksa menggunakan life-time saving money untuk menanggung bil rawatan. Rawatan kemoterapi, pesakit tersebut harus disuntik dengan ubat tertentu dalam tempoh masa tertentu. Sekali suntikan memakan kos RM10,000!


Terkejut saya mendengarnya. Kos rawatan hospital bukan main2. Kalau tak dapatkan rawatan, ibarat kita tidak mahu berusaha langsung. Lagipun, jika meninggal, bagaimana dengan hutang yang ditinggalkan kepada waris? Tenangkah nanti kita di sana?


Jangan bertangguh lagi...Hubungi saya sekarang untuk maklumat lanjut.


Yazid Great Eastern Takaful

019-4191754(available on whatsapp)

Yaz90zid@gmail.com


Khamis, 25 September 2014

PENCEGAHAN ATAU PERLINDUNGAN.....mana lebih penting......


manis gula
Penyakit yang digeruni kerana boleh menyebabkan banyak komplikasi. Statistik menunjukkan 2.6 juta rakyat Malaysia menghidap kencing manis, dan 300k pesakit kencing manis datangnya dari Kelantan. Faktor pemakanan dan kurang amalan gaya hidup sihat salah satu punca kencing manis.
Pengalaman saya mengendalikan permohonan Medical Card Takaful, pesakit kencing manis even ‘very the very mild’ diakui oleh doktor selepas Medical Check Up masih ditolak permohonan Takaful Medical Card.
Jaga kesihatan supaya dijauhi penyakit ini, pada masa yang sama, rancang kewangan dengan menyediakan tabung perubatan untuk mengelakkan kebocoran wang simpanan pada masa hadapan. Saya yakin, anda mampu mengubahnya.
Jangan malu hubungi saya:
YAZID:0194191754

Jumaat, 12 September 2014

Perlindungan diri atau Kereta Baru???


Salam, hari nih saya nak share sikit cerita benr tentang apa yang berlaku kepada client kawan saya, sedih betul cerita ni, erm... renung-renungkanlah, takkan kereta lagi penting dari KESIHATAN dan PERLINDUNGAN....


Sharing drpd seorg rakan ejen:
Aku dpt sms tgh mlm td dr adik client aku yg polisi dia dah lapsed..client aku tu tgh tenat kat ICU..br pindah dr KPJ Sel ke HKL..adik dia nak byrkan outstanding amount utk inforce kan blk policy abg dia but its too late!…kesian..yg plg sedih, dia stop Takaful sebab beli kete baru..x mampu nak byr Takaful….
Moral of the story :
1. Yang dah ada polisi takaful tu, make sure still inforce dan jangan jadikan ianya adalah benda pertama anda korbankan bila mengalami kesulitan…
2. Yang tak de lagi takaful tu, cepat2 lah sign up sebab takaful ni bukan macam Panadol, nak pakai baru gi cari…
So fikir dan renung-renungkanlah
Untuk Keterangan Lanjut berkenaan plan Great Eastern Takaful sila hubungi
YAZID MOHAMAD
0194191754