
Seperti yang
pernah kita semua alami, kadang-kadang dalam kita memasarkan produk takaful ini,
setelah banyak usaha yang kita lakukan beserta masa yang kita korbankan, akan
ada juga bakal pelanggan yang memilih untuk mengambil bukan dengan kita.
Janganlah kecewa, merajuk atau berkecil hati apatah lagi dengan
memburuk-burukkan pesaing anda kerana setiap apa yang berlaku pasti ada
hikmahnya. Ikhlaslah dalam bekerja. Jika semua tindakan kita telah diniatkan
untuk ibadah, maka tidak ada yang sia-sia. Selalu ada hasil, jika tidak di
dunia, pasti di akhirat. Sebab Allah Maha Tahu dan Adil membalas setiap ibadah
kita. InsyaAllah.
Ceritanya….
“Dia kata kalau
ambil dengan Great Eastern ni susah nak claim. Betul ke? ” tanya pelanggan
itu.
“Siapa kata?”
soal maman pula.
“Agen tu la
cakap masa saya bagitahu dah decide untuk ambil medical plan dengan Great
Eastern. Tapi based on statistic claim yg awak tunjuk tu sy rasa Great Eastern
tak ada masalah” kata pelanggan itu seterusnya.
“Sebenarnya
sebelum saya buat appointment ni saya dah buat study sikit pasal medical card
ni, sebab tu la saya decide nak ambil dengan Great Eastern”
tambahnya.
***
Akhir-akhir
ini, beberapa temujanji maman dijumpakan dengan bakal pelanggan yang bijak
takaful. Maksud maman ‘bijak takaful’ adalah sebelum berjumpa, mereka sudah
membuat sedikit kajian dengan membandingkan pelbagai medical card yang ada di
pasaran. Pelanggan jenis ini biasanya akan membuat perbandingan sendiri
berpandukan maklumat yang ada di internet dan wakil-wakil takaful diruangan
forum yang berselerakan di internet. Dengan perbandingan ini, ada antara mereka
yang mula menyedari tidak semua medical card itu sama, dan pelan medical card
Great Eastern mempunyai kelebihan yang tiada pada medical card daripada penyedia
yang lain. Biasanya pelanggan jenis begini akan aturkan temujanji hanya untuk
kepastian dan periksa semula maklumat yang mereka faham adalah
betul.
Ketika maman
minta mereka berkongsi apakah yang menyebabkan mereka membuat keputusan memlih
pelan comprehensive medical card Great Eastern Takaful (agar dapat
dijadikan panduan bagi mereka yang sedang mencari-cari medical card terbaik
diluar sana), maka mereka menyatakan:
1) Kos yang
rendah tetapi perlindungan jauh lebih tinggi
“Dengan caruman
bulan yang sama iaitu RM200, Great Eastern memberikan saya medical card untuk
Room & Board bernilai RM200 dengan Manfaat Hilang Nyawa yang lebih tinggi
iaitu RM77,000 (termasuk RM2,000 Khairat Kematian). Dapat pula RM50,000 coverage
untuk 36 jenis Penyakit Kritikal yang mana boleh claim awal walaupun penyakit
belum kritikal kerana ada manfaat Early Payout Critical Care”. Kata Azmin (bukan
nama sebenar) seorang eksekutif yang akan mencecah usia 34 tahun pada tahun
hadapan.
Benar apa yang
beliau katakan apabila pelanggan ini sendiri menunjukkan quotation daripada satu
syarikat Takaful Senior, untuk caruman bulanan yang sama iaitu RM200, beliau
hanya diberikan medical card Room & Board RM150 sahaja dengan Manfaat
Kematian RM70,000 dan berserta RM50,000 perlindungan penyakit
kritikal.
2) Had Tahunan
dan Seumur Hidup yang jauh lebih tinggi
“Bila saya
compare, jika saya ambil medical card untuk Room & Board bernilai RM150,
Great Eastern memberikan saya had tuntutan seumur hidup berjumlah RM720,000 dan
had tahunan RM90,000. Ini adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan satu
syarikat takaful yang memberikan saya had seumur hidup RM625,000 dan had tahunan
RM62,500 sahaja” tambah beliau lagi.
Secara logik,
Azmin mendapati adalah lebih menguntungkan jika pada caruman yang sama RM200
dengan Room & Board RM150 tetapi mendapat had tahunan dan had seumur hidup
yang jauh lebih tinggi. Inipun beliau membandingkan untuk medical dengan Room
& Board RM150 supaya adil katanya walaupun beliau diquote boleh untuk
mengambil R&B yang leib tinggi iaitu RM200.
3) Ko-Takaful
yang lebih menjimatkan kerana lebih rendah
“Saya membuat
keputusan untuk memilih Medical Card daripada Great Eastern Takaful bila sahaja
saya tahu rupa-rupanya caj co-takaful adalah sangat rendah. Sebelum ini saya
tidak tahu Great Eastern hanya mengenakan minimum 10% daripada jumlah bil dengan
maksimum hanyalah RM500 sahaja” kata Azmin lagi.
“Berbeza dengan
medical card syarikat takaful ini yang mana minimum adalah RM300 dengan maksimum
RM1000. Ini bermakna jika bil yang dikenakan adalah RM1000, pemegang kad Great
Eastern membayar hanya RM100 sedangkan pemegang kad takaful ini pula membayar
RM300. Jika bil RM10,000 pula pemengang kad Great Eastern hanya membayar RM500
sedangkan pemengang kad takaful syarikat yang satu ini perlu membayar RM1000″
Azmin menceritakan hasil analisisnya.
Ramai pelanggan
Great Eastern yang mengambil pelan medical card Great Eastern memilih atas sebab
co-takaful yang rendah sepertimana yang dinyatakan oleh Azmin. Walaupun begitu,
kebiasaanya perunding Great Eastern Takaful (dan juga syarikat lain) akan
memberikan tambahan Elaun Hospital Harian untuk tampung ko-takaful
ini.
4) Cash-Value
yang lebih tinggi nilainya
“Bila saya
membandingkan projected cash value yang boleh saya keluarkan pada usia bersara
iaitu 55 tahun, saya dapati Great Eastern memberikan angka RM21,446 – RM 37,036
sedangkan syarikat takaful lagi satu memberikan angka RM19,037 –
RM32,955″
Pelan takaful –
investment link akan memberikan anda cash value atas pelaburan yang dibuat
daripada sebahagian daripada caruman bulanan pelanggan setelah ditolak pelbagai
caj. Oleh kerana Great Eastern takaful mempunyai caj yang rendah, maka secara
relatifnya pelanggan akan mendapat lebih cash value.
5) Early Payout
Critical Care Benefits (EPCC)
Early Payout
Critical Care pula adalah manfaat pelan yang paling unik di Malaysia.
Satu-satunya pelan yang membolehkan anda membuat tuntutan walaupun penyakit
berada pada peringkat permulaan. Manfaat ini tidak akan anda temui ditawarkan
oleh mana-mana syarikat takaful lain.
Azmin agak
teruja apabila mengetahui tiada tambahan premium diperlukan untuk memiliki
faedah ini. Bermakna caruman bulanan kekal RM200 dan sudah termasuk manfaat EPCC
berjumlah RM50,000.
“Pelanggan yang
menghidapi cancer stage pertama sbg contoh, tidak boleh claim dibawah manfaat
perlindungan Penyakit Kritikal kerana hanya cancer stage 3 barulah dikatakan
Critical Illnesses. Tetapi dengan pelan Great Eastern ini, penyakit yang masih
tahap permulaan pun sudah boleh nak buat tuntutan. Kalau dia tiada medical card,
boleh guna duit itu untuk rawatan. Kalau ada medical card pula, duit itu boleh
guna untuk ganti income kalau terpaksa cuti tanpa gaji atau lebih teruk kalau
terpaksa berhenti kerja” kata saya apabila Azmin minta untuk saya terangkan
contoh lebih lanjut.
6) Tiada kos
perlu ditambah untuk dapatkan Coverage Medical card sehingga umur 80
tahun
“Satu lagi
perbezaan yang orang tak berapa nampak tapi saya nampak adalah had umur
perlindungan medical card tersebut. Saya nampak Great Eastern punya medical card
terus melindungi saya sehingga umur 80 sedangkan dengan syarikat takaful yang
satu lagi saya terpaksa menambah lagi caruman bulanan yang RM200 itu untuk
naikkan perlindungan medical card hingga umur 80. Tiada tambahan lain perlu
dilakukan di Great Eastern” kata Azmin lagi.
Nota: Semua
pemengang Medical Card Great Eastern Takaful sememangnya mendapat perlindungan
sehingga usia80 tahun.
*Sebenarnya,
apa yang client ini kongsikan adalah sebahagian sahaja daripada uniknya medical
card Great Eastern Takaful. Ada beberapa fakta lagi bakal menyusul pada entri
akan datang.
***
Maman pada
mulanya agak terkejut apabila pelanggan sekarang boleh membuat perbandingan
sehingga sebegitu terperinci. Namun ini adalah satu petanda baik kerana
pelanggan kini lebih bermaklumat sehingga boleh terang seperti seorang perunding
takaful pula. Satu sikap yang maman rasa satu aras bahawa pelanggan mutakhir ini
bukan lagi seperti dulu yang sangat fobia bila mendengar perkataan
insuran/takaful.
Syabas
Malaysia!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan